PEMANSUHAN TARIF INSURANS KENDERAAN
Lepas raya nanti (Julai 2017) sistem insurans di Malaysia akan berubah sepenuhnya?

SISTEM SEDIA ADA

Selama 30 tahun harga insurans dikawal oleh tarif Bank Negara. Harga insurans ditentukan oleh market value, cc dan loading.
Oleh sebab dikawal, jadi harga pun lebih kurang sama je antara semua syarikat insurans. Beza sikit-sikit je untuk kenderaan yang sama.
.
APA TU PEMANSUHAN TARIF?

Harga insurans kenderaan TIDAK lagi dikawal oleh Bank Negara. Setiap syarikat insurans bebas letak harga sendiri. Diaorang juga bebas nak revise harga pada bila-bila masa. Sistem ini telah lama dipakai di US, UK, German, China, Thailand dan Singapore.
.
APA EFEK KEPADA PENGGUNA?

 Mungkin harga akan lebih murah sebab persaingan.
 Syarikat insurans akan perkenalkan lebih banyak produk baru.
 Kualiti servis insurans akan bertambah baik untuk tarik pelanggan.
.
PENGIRAAN BARU NANTI MACAM MANA?
Pengiraan baru akan ambik kira risiko owner untuk tentukan harga. Risiko rendah, harga lagi murah. Risiko tinggi, harga lagi mahal.
Antara pekara yang diambil kira jantina, model dan jenis kenderaan, pekerjaan, rekod claim, kegunaan kereta, umur, tempat tinggal, dsb. Terpulang la insurans tu nak ambik kira apa utk tentukan harga.
.
SO INGAT…

 Selepas Julai 2017, sebelum beli survey dulu harga. Ada lebih 30 syarikat insurans kenderaan di Malaysia. Setiap syarikat kenderaan akan kenakan harga yang berbeza. Tapi tak semestinya murah tu terbaik. Kena compare juga reputasi dan servis insurans tu.

  Bawak kereta dengan selamat. Tak mustahil nanti insurans akan consider saman dan mata kejara untuk kira harga.

 Sebelum beli kenderaan baru pun survey-survey dulu harga insuransnya..

Sharing is Caring..

#tipssemasa

Advertisements