Mentega.
Ini la yang Nabi sollAllahu’alaihiwassalam selalu makan dengan tamar (kurma kering).

Imam Ibnu Qayyim quote satu hadis dalam sunan Abu Daud tentang ada sahabat yang hadiahkan mentega kepada Nabi

12345864_876210975809412_1884928314_n.jpg

Sebab Nabi suka makan tamar dengan mentega.

Tapi tak dinyatakan kaifiat atau cara bagaimana Nabi makan tamar dengan mentega tu.

Nanti aku cerita macam mana cara aku makan tamar dengan mentega yang aku rasa best

Sebelum tu kita cerita pasal mentega dulu.

Mentega sebenarnya susu yang dah dibuang air dan benda-benda asing – yang tinggal hanyalah lemak susu.

Buttercup tu mentega ke tak?

Ni antara sebab aku tangguh nak share status ni…

Nak buat research pasal mentega ni dulu.

Buttercup tu sebenarnya BUKAN mentega!

Ramai yang anggap Buttercup tu mentega.

Buttercup dan beberapa jenama lain hanyalah lepa susu.

Bila-bila lapang cuba tengok isi kandungan Buttercup; bahan utama adalah minyak sawit.

Ada la sikit campuran mentega dalam Buttercup ni.

Marjerin pulak?

Marjerin ni lagi la BUKAN mentega!

Marjerin hanyalah lemak sayuran atau sawit.

Senang cerita, lepa susu (Buttercup) adalah campuran marjerin dengan sedikit mentega.

Jadi, untuk makan dengan tamar ni, pilih la mentega asli.

Salah satu cara nak pilih mentega asli, tengok di packaging…

Kalau dia tulis pure butter tu, kira ok la tu.

Harga mentega asli dalam julat RM6 hingga RM15 untuk berat 200gram hingga 250gram.

Harga Buttercup biasanya bawah RM4.

Mentega asli pulak ada 2 jenis – salted & unsalted.

Aku pilih unsalted sebab garam tak bagus untuk kesihatan 🙂

Antara brand popular mentega asli ni adalah SCS.

Tapi di Tesco tadi ada offer brand Emborg ni.

Ok, cara aku makan tamar dengan mentega pulak

1- Potong tamar menegak supaya mudah untuk kopek tamar tu

2- Bila dah berjaya kopek, keluarkan biji tamar tu

3- Bahagian kosong tamar yang dah tak ada biji tu, gantikan dengan mentega
(Rujuk gambar).

4- Tutup balik tamar tu

5- Masukkan keseluruhan tamar tu dalam mulut

6- Kunyah

Waktu kunyah ni, korang akan rasa sensation yang agak best dalam mulut…

Texture keras tamar bercampur dengan texture lembut mentega…

Rasa sejuk mentega yang cair dalam mulut…

Memang tak cukup makan sebiji

Mungkin aku bias sebab aku peminat mentega; pastri kegemaran aku kan croissant yang kaya dengan mentega

Cuba la sendiri esok waktu berbuka puasa

P. S. – Minyak sapi (ghee) pun sebenarnya sejenis mentega yang dihasilkan daripada mentega biasa kepada bahan yang lebih refined.

Boleh cuba juga makan tamar dengan ghee

Sumber info FB – Abu Mu’aaz Munir Azizan

Advertisements