Harini ini kami nak kongsikan Tips memasak #donatbotox hasil olahan air tangan Suhasnida Ismail aka Kak Su

18118822_1470934859636741_3788047190826823390_n (1)

 

Ramai nak resepi donat ke? kalau ramai nanti kaksu share.ada yang tanya kaksu goreng dalam kuali mcm mana tu,tengok gambar tu kaksu goreng dlm kuali biasa je tu.pastikan api kecik masa panaskan minyak.kalau api besar dan pns donat tu akan garing diluar mentah di dalam.

Cara tebuk pulak kdg kaksu guna penutup botol,kadang guna penerap biskut yg bulat.tak kisah memana pun boleh

Update:

Marilah kita belajar buat donat pagi ni,yang duk opis tu tengok sajo dulu.kalau braso teringin g slalu beli kat kantin berhampiran.yang mana duk dalam jem lagi bereti la gerai-gerai mok cik pokcik tepi jalan tu hihi

Bahan-bahan:

Resepi 1:

  • 500gm tepung roti
  • 65gm gula-nok kurangkan manis letak 40gm
  • 10gm yis
  • 5gm superbake
  • 260-275ml susu segar (letak sikit sikit)
  • 8gm garam
  • 60gm mentega

Nak wangi letak esen vanila,dan butter oil yea

Cara-cara:

Mula-mula sekali campur tepung+gula+yis+superbake.kacau sebati,kacau perlahan2 ye.kmdian masukkan susu dan garam sekali.adun sebati jangan lembek pasal ko nak letak mentega lagi lpas tu.Ha masukkan mentega dan uli sampai jadi doh,jangan lembek pulak.

Kalau ko pakai mixer selamat lah lengan ko tu,adun sampai elastik.kmudian kalau kau pakai tgn kau uli sampai tak lekat di tangan.ko nak donat yg comel ko uli la sampai elastik.masukkan doh tu dlm plastik bersih dan besar,senang ko nak ramas dan tonyoh doh tu.ko duk depan tv sambil tengok drama tu ko buat la hakhak.

18199138_1470934896303404_836457678387805078_n

Bila dah elastic tu ko keluarkan dan timbang,kalau ko malas ikut suka hati ko nak besaq mana.hahahaha.biasa buatlah 40gm atau 45gm.okay dah tu comel mcm ko khenn.
Dah siap tu bulatkan dan gelek bg leper sikit.letakkan dlm bekas dlm 10minit pastu boleh la tebuk lubang.tunggu lagi 45-sejam mcm tu baru boleh goreng.

Cara nak tahu donat tu dah boleh goreng ke tak ko angkat sebiji dan timang-timang gitu.pastu rasa ringan dan tidak melekat di tangan.kalau melekat bermakna donat ko dah terlebih perap.

Panaskan api time ko nak tunggu kembang tu,api kecik.hakak ulang api kena kecik bukan api besaq.kalau api besaq dan terlalu panas nanti donat tu luar garing dalam mentahhh.

18157699_1470934956303398_7714624788129792527_n

Itu saja pelajaran kita arini,akak akan share resepi dan video lepas ni.jangan lupa tengok di fb akak tau:)

Selamat mencoba dan jangan lupa share dgn kekawan:)

Ada pertanyaan dan musykil ?sila tanya,kaksu jawab mana tahu

Ada yang berminat mahu dapatkan Donat Cutter  ??

Whatsapp 019 429 4490 untuk Harga Promosi masa Terhad 😉

Credit – FB Suhasnida Ismail

#kaksu
#JanganKecamSaya

 

Advertisements