Pakaian berwarna putih sememangnya kelihatan cantik di mata dan menjadi kegemaran ramai. Namun, tidak ramai membeli baju berwarna putih kerana ia mudah kotor dan perlu dijaga rapi .

Cara-Menghilangkan-Noda-Kuning-Di-Baju-Putih-Secara-Alami

Anda tidak perlu takut selepas ini keranaa dengan hanya menggunakan barang-barang ini , ia mampu membuatkan baju putih anda kelihatan baru dan tidak kusam .

 

Cara Menghapuskan Kotoran Degil Kekuningan

 

 

  • 1/4 cawan serbuk pencuci kain
  • 3 biji lemon diperah
  • 1 sudu makan garam
  • 2 liter air
Caranya:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Masukkan jus lemon, garam dan serbuk pencuci. Kacau sebati.
3. Masukkan air panas ke dalam mesin basuh dan rendam pakaian selama 40 minit.
4. Bilas dengan air bersih 2 hingga tiga kali dan jemur.

Nota: Ramuan ini juga sesuai menghilangkan kesan peluh di bahagaian kolar dan bawah lengan baju.

 

Cara Memutihkan lagi pakaian berwarna putih

 

 

  • 1 biji lemon dibelah dua
  • 1 sudu makan baking soda
Caranya:
1. Taburkan baking soda ke kawasan terjejas dan gosok dengan permukaan lemon yang sudah dibelah.
2. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh seperti biasa dengan air suam.
 
Nota: Kaedah ini sering digunakan bagi menghapuskan kesan kuning bawah di lengan pakaian berwarna putih.
Cara Membuat Peluntur Serbaguna
  • 2 biji lemon dibelah
  • 1/2 liter air
Caranya:
1. Campurkan jus perahan lemon ke dalam mangkuk yang diisi air.
2. Rendam pakaian di dalam mangkuk dan biarkan selama 40 minit.
3. Basuh seperti biasa di dalam mesin basuh.
Senang dan mudah untuk digunakan . Kebiasaan barang-barang ini ada dirumah anda
Selamat mencuba

 

#tipssemasa

 
Advertisements