Kadang-kadang ada baju yg terkena karat yg tak tahu dari mana . Untuk hilangkan karat anda boleh cuba cara di bawah

Boleh cuba mana-mana cara:
.
Cara 1:
Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

1346665119_cukabuatan_650ml
Cara 2:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalamair garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

jeruk limau


Cara 3:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

sabun

Cara 4:
Sental buah belimbing buluh masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

20130127_132808

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat..

Advertisements