Hi semua kali ini kami ingin share tips ketika melancong di Korea.

Tips ini bagi kami anda perlu tahu sebelum pergi ke Korea dan tempat menarik di sana yg wajib dikunjungi . Kalini kami ke Korea Pada musim Sejuk .

Memang sejuk setiap hari suhu negatif value . Sarankan bawak jacket yg sesuai untuk elak demam . Musim sejuk selalu dalam bulan 12-3 .
Untuk trip kali ini kami menginap di Malaysian Guesthouse in Seoul -FNsquared- dan overall kami memang berpuas hati 😊

Untuk mencari tempat penginapan lain kami recommend cari di sini ( Hotel murah )
.
Harap info ini berguna kepada semua yg ingin berkunjung ke sana

1. Tempat Penginapan

Untuk tempat penginapan kali ini kami menginap diMalaysian Guesthouse in Seoul -FNsquared- yg terletak tak jauh dari airport dan di Bandar Seoul.

IMG_4355
.
Apa yg best Homestay ini ia terletak dengan Subway Train (Apgujeong station) dan juga Bus Stop. Selalu jalan kaki lebih kurang 5-10 minit sampai dah. Homestay ini juga antara satu-satu homestay yg diurusakn org kita juga Melayu Malaysia di Korea .

So macam ada soalan atau apa yg tak tahu nk makan mana atau tips lebih boleh tanya diorg. Dan mereka juga fasih cakap korea senang nk dealkan apa2 untuk anda semua supaya percutian anda lebih mudah . Ruang solat khas pun ada di homestay mereka .

16300193_292748401139659_5843084619615163675_o
Paling best siap ada bagi diskaun dan offer time kami pergi dan tempat tidur amat selesa dan mmg terbaik 😉 .
Dengar mereka akan buka cawangan seterusnya di Itaewon 😉

P/S : Dengar cerita #fnhouse masih buat promo. Apa2 PM cepat sebelum full

2. Pengangkutan

Dari sudut pengangkutan kami banyak guna subway train since penginapan dekat dgn Train station , bus stop dan Taxi . Jangan risau kekerapan train , bus dan taxi mmg banyak dan paling penting On time dan siap beritahu ETA bila bus akan sampai dan Train.

Untuk pengangkutan sarankan beli card T- money boleh cuba dapatkan di C&U store ( ala2 7eleven) . Sebab apa2 bayaran train mmg kena pakai card ni mmg mudah . Untuk seminggu topup dalam 10,000 – 15,000 won cukup rasanya cukup sgt nk pergi kemana-mana.

IMG_4631
Apps penting untuk Train station wajib download – Seoul Subway
Dari situ boleh tengok train station mana nk pergi nk turun just follow je direction semua di terangkn dan ETA next train pun diberitahu , InsyaAllah tak sesat 😉

Untuk bus pulak boleh pergi bust stop untuk tengok route mana bus tu akan di tujui. Setiap no bas akan lalu route berlainan . Di sini pun pakai T-money card tadi untuk bayaran .
Macam route dan bus number yg kami naik

16487260_292750257806140_6128241739860570775_o

6006 – untuk ke airport atau mana2 bus stop airport
362 – ke Lotte World
03 – Dari namsan tower ke itaewon ( masjid )

Nak lagi senang naik taxi , selalu taxi bayaran tak lebih dari 6000 won ikut tempat average 3000 won . Paling best cepat dan selesa . Di sini mcm kurang uber semua since driver taxi dia mmg bagus ikut meter semua dan mmg selesa �

16422401_292750531139446_7228487638499203739_o

3 . Tempat Wajib pergi dan Tumpuan di Korea

GYEONGBOKGUNG PALACE

IMG_4358
Tempat macam istana lama di korea di tengah- tengah bandar seoul , sesuai nk ambil gambar kenangan di sini .
Jalan di depan sikit anda boleh lihat bangunan-bangunan dan lihat cara hidup dan masyarakat di korea .

MYEONGDONG

IMG_4327
Tempat shopping dan beli barang seperti baju branded , kosmetik korea dan street food. Memang ramai dan meriah . Tempat ni ala-ala beijing lu ( seperti di guangzhou) .
Kalau shopping jangan lupa claim tax refund boleh claim di airport

IMG_4338

Antara street food yg terkenal dan sedap cubalah beli satu dan jangan convert won tu ye hehe,

Namdaemun market 

IMG_4633
Tempat untuk beli souvenier , t-shirt cenderamata , kerongsang butang baju melayu dan lain-lain lagi . Nk borong pun boleh. Lagi murah dari di Myeongdong kalau nk beli T-shirt i love korea semua .

Nk tips lebih lagi kalau nk beli keychain better pergi baik tingkat satu building ni . Dan situ penuh dgn jual rantai gelang dan kerongsang untuk wanita .

Jalan depan lagi ada pintu dan masuk dalam situ kalau nk beli keychain dgn harga lebih murah dari luar. At least jimat dekat 2000 won 😉

Lotte world atau Everland theme park

IMG_4845

Nak berhibur ke theme park dua ni adalah tempat menarik . Tapi malangnya time winter banyak ride yg extreme tutup but so far still puas hati . Lagi satu jangan lupa bawak passport ye. Untuk foreigner memang akan dapat murah lagi 😉

Nami island

IMG_4703
Tempat wajib pergi kalau sesiapa tahu filem winter sonata sebab kebanyakan scene shooting di sini . Memang cantik dan nyaman tempat dia tiket masuk tak silap 8000 won sekali dgn ferri pergi balik ke nami island .

Yang best nami island ni ada menyediakan tempat ruangan khas untuk solat memang mesra muslim jangan risau 😉

 Nansam seoul tower
IMG_4422
Ini tempat wajib jugak lebih kurang mcm KL tower , dan sini juga tempat ada banyak padlock love yg selalu org sangkut so far best sebab nk ke atas kena baik cable car dan view mmg cantik boleh tengok satu seoul 😉.

Baik tak view toilet di namsan tower hehe
Vivaldi Ski Park resort
DCIM100MEDIA
Siapa ada budjet lebih boleh singgah sini , dan diorg pun ada sediakan free shuttle bus ke sana bagus kn ?
tapi kena book dulu bus tersebut , paling penting bawak passport sebab korea bermurah hati nk bagi murah dekat foreigner

Overall mmg best pergi ski rugi kalau time musim sejuk tak singgah di sini 😉
Sekian sahaja tips yg ingin kami kongsikan jangan lupa share kalau rasa bermanfaat 😉

Untuk mencari tempat penginapan lain yg murah kami recommend cari di sini ( Hotel murah )

Sila “SHARE” kepada rakan ada kalau ada hajat untuk ke sana 😉

#tipssemasa
#korea
#travel
#fnhouse

Advertisements