Ada sebabnya jika ibu yg sedang mengandung  terasa lapar sepanjang hari dan kadang kala tidak sedar berapa banyak  makanan masuk yg telah di makan

Sebenarnya ibu hamil belum mengeluarkan kalori ekstra semasa enam bulan pertama kerana itu tubuh menjadi lebih efisien untuk mengeluarkan tenaga. Namun demikian , ketika kandungan berada pada tiga bulan terakhir, si ibu baru akan mengeluarkan tambahan kalori sebanyak 200 sehari.

Oleh hal yg demikian tubuh badan ibu hamul perlu bekerja lebih keras dalam mengubah kalori yg ada untuk menjadikan ia sebagai tenaga keperluan . Jangan anda pelik jika ibu hamil sering bangun di malam hari kerana berasa lapar . Rasa seperti mual kerana perut kosong juga kerap di alami ketika lapar .

Apakah yang harus dilakukan jika lapar di malam hari?

Daripada kita memaksa diri kita tidur dan tidak mendapat tidur yg lena , baik kita ambil makanan ringan agar tidak terasa lapar dan tidur lebih mudah .

Makanan-Ibu-Hamil

Sebagai contoh makanan sesuai di ambil :

  • Roti bakar  atau roti gandum
  • Buah-buahan  dan sayur-sayuran segar
  • Telur rebus
  • Keju
  • Susu atau teh herba

Jika anda mempunyai masalah pencernaan badan yg kurang baik , elakkan mengambil buah buahan yg rasanya masam sebelum tidur .

Pada waktu  siang , makanan pilihan yg sesuai dimakan ialah roti gandum atau beras merah daripada roti putih atau nasi putih. Makanan yang mengandungi gandum lebih mengenyangkan dan memiliki lebih banyak serat untuk mencegah sembelit .

Jauhkan dari mengamalkan makanan yang berlemak atau makanan pedas . Makanan pedas dapat menyebabkan gangguan pencernaan, ketika kita berasa lapar atau perut kosong .

#tipssemasa

Advertisements